1 Malaysia gagasan Mr President diserang bertubi-tubi. Bentuk serangan itu mirip serangan terhadap konsep Islam Hadhari milik Mr President yang lama. Pokoknya, slogan kali ini juga sudah menjadi liabiliti, bukannya aset lagi.
Punca?1 Malaysia bunyinya muluk, indah untuk ditutur, namun bukan mudah menzahirkannya. 1 Malaysia itu jenama kepada integrasi nasional. Tetapi kalau bungkusannya cantik, tetapi isinya hampas, maka orang akan buang juga botol yang cantik itu. Ada yang 'faham' mempunyai tafsiran yang sifatnya lebih falsafah bunyinya, yang nakal cuba mengelirukan yang sudah faham dan memesongkan yang prejudis, yang jahil hanya ikut-ikut saja. bagaimana 11Malaysia boleh lahir jika pemahamannya tidak 1 (satu)??
Mr President melancarkan beberapa inisiatif atau mungkin lebih mirip insentif dengan menonjolkan 1Malaysia sebagai 'jenama'. Klinik 1 Malaysia, Kelab Graduan 1Malaysia, Lagu 1Malaysia dan terbaru susu 1Malaysia. Tetapi apakah semua ini menambah kualiti/khasiat isinya atau sekadar menambah warna pada bungkusan botol?
Sudah tiba masanya isinya dilihat dan diselongkar agar ramuan kali ini 'sesuai' dan 'baik', kalaupun bukan untuk semua tetapi sebahagian besar rakyat. Kalau dikekalkan rasa dan kandungan isi lama, sedangkan botol saja yang ditukar bungkusan, maka jenama ini akan dicemuh dan dikenang sebagai hipokrasi besar dalam sejarah.
Bangsa-bangsa di Malaysia harus belajar mengenali cara hidup, agama dan bahasa rakan-rakan mereka. Untuk mencapai hasrat itu, mereka harus diajar hidup bersama, bermain bersama, makan bersama sejak dari kecil. Lantas apa cara yang boleh memungkinkan mereka bersama sedari kecil?
Soalan saya "Boleh mulakan dengan Sekolah Satu Aliran?
yes !! you absolutely right man
ReplyDelete