Hari ini saya terbaca tweet Datuk Zaid Ibrahim. Katanya "Politics is about making policies. If you have nothing to offer, why are you a politician?" Ini adalah rukun nak jadi ahli politik paling mustahak. Sebelum sesiapa bercita-cita besar untuk jadi wakil rakyat, Ahli Parlimen, ADUN, Menteri, atau Perdana Menteri, fikir betul-betul soalan ini. Apakah perubahan yang ingin kamu bawa kepada agama, bangsa dan negara.
Malangnya, ramai pengamal politik hari ini tak kira dari parti apapun, kering ideanya dan muflis visinya. Yang mereka tahu, bagaimana untuk terus mengekalkan kedudukan, dan untuk mencapai matlamat itu, mereka buat apa saja yang patut untuk mereka kekal berkuasa.
Ramai ahli politik yang ada tweeter walaupun saya tak pasti samada mereka tulis sendiri atau askar upahan mereka. Malangnya ada dua tiga kerat pemimpin-pemimpin kita yang tweetnya tak ubah seperti mesej iklan, jadual waktu tugas mereka dan makluman bahawa gambar-gambarnya sudah di'upload' dalam FB. Mana idea bernas untuk dikongsi bersama 'followers'?Atau sebenarnya orang-orang begini naik tanpa fikir soalan pertama saya tadi.
bro bila nak post lg? suka~
ReplyDelete