Tuesday, September 14, 2010

"DateSAKE" untuk pembikin filem?

Rupanya, selain org menyebut 'namesake', dalam duni perfileman boleh juga dicipta satu lagi terminologi iaitu "datesake'. Dapatan ringkas ini mungkin tidak disokong oleh mana-mana rujukan akademik atau apa-apa kajian saintifik. Mungkin secara kebetulan, banyak filem-filem yang mencatat keuntungan tinggi di Hollywood dan Bollywood atau mungkin juga di bahagian dunia yang lain ditayangkan pada Bulan Disember?Alasannya, mungkin Prof Madya Razak Mohideen boleh tolong.

Ramai yang mungkin tak menyedari bahawa tiga filem tertinggi kutipan di Hollywood ditayangkan pada bulan Disember. Filem 3D, Avatar arahan James Cameron, mengaut kutipan luar biasa sejumlah $2.7 billion. Filem ini diyangkan pada 16 Disember 2009. Sebuah lagi filem yang memenangi anugerah Oscar pada tahun 1997, Titanic juga arahan beliau telah mencatat kutipan box-office sejumlah $1.8 billion. Filem ini ditayangkan pada 18 Disember 1997. Arahan Peter Jackson, filem ketiga yang mendapat kutipan tertinggi di Hollywood, Lord of The Ring : Return of the King, juga mengutip kutipan besar iaitu $1.1 billion. Ajaibnya, filem ini juga menemui peminat pada bulan Disember iaitu 19 Disember 2003.

Bollywood?

Aamir Khan telah membuat 'hatrick' dengan tiga filem lakonannya memecah rekod kutipan tertinggi dalam sejarah dunia perfileman Bollywood. Filem Taare Zameen Par (TZP) (2007) arahan sulung beliau mendapat sambutan hebat masyarakat seluruh dunia sehingga mencatat kutipan $28.43 juta. TZP ditayangkan pada 21 Disember 2007. Setahun kemudian, beliau tampil lagi ke layar perak dengan filem remake Ghajini, dan ternyata kejayaan Ghajini sebelum itu sebagai filem Tamil diteruskan oleh Ghajini dalam versi Hindi. Filem Arahan A.R Murugadoss ini telah memecahkan rekod kutipan filem-filem terdahulu dengan mencatat $41.11 juta. Ghajini ditayangkan pada 24 Disember 2008. Hanya setahun rekod itu betahan, filem hebat 3 idiots, arahan Rajkumar Hirani, telah mencecah kutipan luarbiasa dalam sejarah perfileman India iaitu $101.99 juta. 3 Idiots ditayangkan pada 25 Disember 2009. Khabarnya filem terbaru Aamir Khan yang bakal ditayangkan "Dhobi Ghat" juga akan memilih Disember sebagai tarikh penayangannya. We wait and see!

Di Malaysia, filem-filem yang berjaya di Box office tidak banyak ditayangkan pada bulan Disember. Yang adapun, (setakat sempat di"google') Cicakman dan Cicakman II.

1 comment:

  1. Gua orang first yang komen..haha

    filem tempatan tak dapat nak kaut keuntungan pd bulan disember mgkn sebab terpaksa bersaing dgn filem2 hebat spt Avatar di bulan itu kot?

    ReplyDelete